Tanda-tanda Period

Antara tanda-tanda lain ovulasi ialah: ➟ Rembesan Lendir Serviks Tubuh seorang wanita yang bersedia untuk berovulasi akan merembeskan lend...

Antara tanda-tanda lain ovulasi ialah:

➟ Rembesan Lendir Serviks
Tubuh seorang wanita yang bersedia untuk berovulasi akan merembeskan lendir serviks yang berfungsi untuk mengangkut sperma. Sebelum ovulasi, lendiran ini pekat, melekit dan tebal dan tidak sesuai untuk sperma kerana ia akan mengganggu pergerakan sperma ke arah telur. Walau bagaimanapun, ia akan berubah fizikal menjadi lebih nipis, elastik dan seakan-akan putih telur yang akan memudahkan sperma berenang ke arah telur.

➟ ‘Basah’
Lendir serviks ini bukan sahaja nipis dan elastik tetapi juga lebih banyak berbanding hari lain. Oleh itu, seorang wanita yang sedang subur akan terasa ‘basah’ sepanjang hari.

➟ Sengal/ Nyeri Pada Payudara
Selepas ovulasi, hormon progesteron akan meningkat. Anda juga boleh mencatatkan suhu badan anda yang mana pada hari subur, suhu akan meningkat sedikit. Peningkatan hormon progesteron inilah yang menyebabkan rasa sengal pada payudara. Ia seakan-akan simptom-simptom PMS.

➟ Posisi Serviks
Selepas haid, serviks berada pada kedudukan lebih rendah, keras dan tertutup. Semakin menghampiri ovulasi, posisi serviks akan bergerak lebih tinggi dan terasa lebih lembut. Bagaimana untuk mengetahui kedudukan serviks anda? Pastikan tangan anda dicuci bersih, duduk dalam keadaan mencangkung. Masukkan jari ke dalam faraj dan cari ketulan. Serviks lebih mudah dicari selepas haid kerana kedudukannya yang rendah.

➟ Peningkatan Libido
Hasil kajian mendapati kebanyakan wanita lebih mudah berahi sewaktu ovulasi iaitu apabila hormon luteal meningkat.

➟ Tompokan Darah
Tiba-tiba anda dapati anda tompokan darah walaupun haid telah kering. Ada sesetengah wanita menganggap ia adalah lebihan darah haid yang sebelumnya. Tetapi jika ia berlaku semasa anda ovulasi, ia kemungkinan besar ‘ovulation spotting’. Tompokan ini kadangkala terjadi apabila telur pecah melalui folikel semasa ovulasi. Ia juga boleh berlaku sejurus sebelum atau selepas ovulasi akibat perubahan hormon.

➟ Senak atau Sakit Di Sebelah Bahagian Perut
Kira-kira 20% wanita merasai sakit ketika ovulasi atau lebih dikenali sebagai ‘mittelschmerz’. Ia berlaku akibat telur yang pecah tembus melalui folikel semasa ovulasi. Rasa senak juga boleh berlaku ketika tiub fallopio mengembang mengembang dan mengecut untuk menolak telur turun ke rahim. Kebiasaannya rasa ini hanya dirasai di sebelah bahagian sahaja dan berlaku sebelum, semasa dan selepas ovulasi

➟ Kembung
Perubahan hormon semasa ovulasi juga boleh menyebabkan anda kembung

➟ Loya dan Mual
Sesetengah wanita akan berasa loya dan mual sebaik sebelum haid. Kadang kala ia disalah ertikan sebagai ‘morning sickness’. Ia disebabkan hormon yang sama yang menyebabkan ‘morning sickness’ semasa kehamilan dan juga simptom PMS.

➟ Sakit Kepala atau Migrain
20% wanita akan mengalami migrain semasa haid. Jika anda mengalami simptom ini, berkemungkinan ia akan berlarutan hingga waktu ovulasi. Saintis mempercayai ia adalah disebabkan perubahan hormon.

Related

Saliza Salim Pengedar Shaklee Melaka 0137236939 1602877079401896021

Post a Comment

emo-but-icon

Sertai Kami

Kami percaya setiap orang mempunyai hak untuk maju.

Sertai pasukan kami seramai 2 juta bagi menuntut hak anda untuk berkembang maju. Mulakanlah hari ini dengan mengambil langkah pertama.
Kami percaya setiap orang mempunyai hak untuk maju.

Sertai pasukan kami seramai 2 juta bagi menuntut hak anda untuk berkembang maju. Mulakanlah hari ini dengan mengambil langkah pertama.

Pilihan

Terbaru

Komen

KEKAL MUDA JELITA

HIDUP LEBIH SIHAT

GET CLEAN

item