Cara rawatan Demam Denggi

Demam Denggi Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti. ...

Demam Denggi

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

Bagaimanakah untuk mengetahui saya berkemungkinan menghidap demam denggi?

Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:

Demam panasSakit kepalaSakit tulang belakangSakit sendi-sendiLoya dan muntah-muntahSakit biji mataRuam

Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak mendapatkan rawatan?

Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.

Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:

Mudah lebamPendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusiIa boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut

Apakah rawatan untuk demam denggi?

Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah.

Apakah perlu saya lakukan untuk mencegah demam denggi?

Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam denggi :

Memastikan tiada tempat pembiakan nyamukMembuang bekas yang boleh menakung airPastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutupPastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekaliPastikan saliran atap sentiasa mengalirMembela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentikMenggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamukMengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk sepertiPastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutupSapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamukMemakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumahPasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup

Related

Rawatan Demam denggi 3857021881878668803

Post a Comment

emo-but-icon

Sertai Kami

Kami percaya setiap orang mempunyai hak untuk maju.

Sertai pasukan kami seramai 2 juta bagi menuntut hak anda untuk berkembang maju. Mulakanlah hari ini dengan mengambil langkah pertama.
Kami percaya setiap orang mempunyai hak untuk maju.

Sertai pasukan kami seramai 2 juta bagi menuntut hak anda untuk berkembang maju. Mulakanlah hari ini dengan mengambil langkah pertama.

Pilihan

Terbaru

Komen

KEKAL MUDA JELITA

HIDUP LEBIH SIHAT

GET CLEAN

item