Makanan bayi dan puri 6 bulan

Masa firas 6 bulan saya try puri pisang, apple, pear, kurma, carrot n avocado.alhamdulillah semua firas boleh telan.kadang-kadang sikit teru...

Masa firas 6 bulan saya try puri pisang, apple, pear, kurma, carrot n avocado.alhamdulillah semua firas boleh telan.kadang-kadang sikit terutama carot.. Macam maung je tengok dia makan..kadang-kadang macam tak cukup..hii..lepas ni puri apa pula kan..

anyway.. nak berkongsi dengan mama-mama baru macam saya, bila kita kene start bagi bayi kita makan? bahaya tak?

ok, Perasan tak semasa umur 6 bulan, kebanyakan bayi sudah mula meniarap, merangkak atau duduk. Tangan dan kaki mereka sudah mula untuk kuat dan lebih terkontrol. Semua pergerakan asas ini memerlukan tenaga. Di sebabkan factor itu, susu badan atau susu formula sahaja adalah tidak mencukupi bagi memberi nutrient kepada bayi kita.

Selain itu, pergerakan-pergerakan tadi merupakan tanda aras yang bayi kita da ready untuk makan.
Sekiranya kita tidak memperkenalkan makanan pada umur ini, atau memperkenalkan lambat atau malah memperkenalkan secara ala kadar, ini boleh menyumbang kepada gangguan pertumbuhan mereka.

Prinsipalnya, cara untuk memperkenalkan makanan pada bayi menurut WHO adalah :
1. Masih memberi susu seperti biasa mengikut kehendak bayi (on demand)
2.  Memberi makanan sedikit demi sedikit, bukan memaksa. Mereka akan telan mengikut kehendak mereka.
3. Bercakap dengan mereka semasa memberi makana dan kekalkan eye contact
4. Mulakan dengan kuantiti makanan yang sedikit dan tambah gradually.
5. Variasi makanan dari segi rasa, konsistensi dan warna. Ini membantu perkembangan deria mata dan deria rasa.
6. Tingkatkan jumlah makan per hari bermula dari 2-3 kali sehari untuk bayi 6-8 bulan, kemudian 3-4 kali untuk bayi 9-23 bulan bersama 1-2x snack seperti biskut.
7. Semasa bayi kurang sihat, tambahkan pengambilan susu dan beri dia makan makanan yang dia suka.

Sekarang ada pula konsep weaning baru yang dinamakan –led weaning. Ini bermaksud kita biar baby makan sendiri, tengok dia makan bukan spoon feeding.itu next time la kita cerita.

Sekian perkongsian mama-mama.
Sumber WHO.

Post a Comment

emo-but-icon

Sertai Kami

Kami percaya setiap orang mempunyai hak untuk maju.

Sertai pasukan kami seramai 2 juta bagi menuntut hak anda untuk berkembang maju. Mulakanlah hari ini dengan mengambil langkah pertama.
Kami percaya setiap orang mempunyai hak untuk maju.

Sertai pasukan kami seramai 2 juta bagi menuntut hak anda untuk berkembang maju. Mulakanlah hari ini dengan mengambil langkah pertama.

Pilihan

Terbaru

Komen

KEKAL MUDA JELITA

HIDUP LEBIH SIHAT

GET CLEAN

item