Sarapan bekal nutrisi, tingkatkan perkembangan otak anak

Memetik artikel Berita Harian Online Oleh Halina Mohd Noor SECARA umum ramai menyedari kepentingan sarapan termasuk membabitkan anak-ana...

Memetik artikel Berita Harian Online
Oleh Halina Mohd Noor

SECARA umum ramai menyedari kepentingan sarapan termasuk membabitkan anak-anak bersekolah supaya mencukupi untuk memulakan hari, tetapi mereka mengabaikannya.
Sarapan penting kerana ia adalah hidangan pertama untuk anak-anak selepas lebih 10 jam tidak makan selepas bangun tidur.
Pegawai Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Nurliyana Naharuddin, berkata sarapan yang diambil akan membantu meningkatkan semula paras glukosa dalam badan dan seterusnya membekalkan tenaga untuk menjalani aktiviti harian .
“Glukosa adalah sumber tenaga utama kepada badan untuk memberikan tenaga mencukupi untuk kekal fokus terhadap proses pembelajaran.
“Menu sarapan berkhasiat adalah hidangan makanan seimbang dan memenuhi hampir kesemua kumpulan makanan,” katanya.
Tiada beza dengan orang dewasa, kanak-kanak juga disarankan mengambil tiga hidangan utama (sarapan, makan tengah hari dan malam) dan satu sehingga dua kali hidangan sampingan dalam sehari.
Pilihan makanan terbaik
Oleh itu, menu sarapan yang disarankan adalah antara 300 kcal hingga 500kcal (kalori). Menu ini sepatutnya mempunyai gabungan karbohidrat, protein, sayur-sayuran, buah-buahan, lemak, susu dan tenusu.
Setiap makanan diambil dapat menyumbang tenaga anak-anak, namun sumber utama bagi membekalkan tenaga adalah yang kaya dengan karbohidrat.
Sumber lain seperti protein, lemak dan serat membantu membekalkan nutrien lain yang juga diperlukan oleh badan untuk tumbesaran yang baik.
“Sebagai contoh, menu seimbang yang disarankan adalah sandwic telur (dua keping roti bersama sekeping keju, sebiji telur, salad dan mayonis) bersama sebiji pisang, membekalkan 350~400kcal.
“Enam keping biskut dengan sebiji epal dan satu kotak susu 250 mililiter (ml), membekalkan 300~350kcal. Nasi goreng (dua senduk dicampur dengan sayur) sebiji telur atau ayam goreng dan buah oren, membekalkan 400~500kcal,” katanya.
Pilihan terbaik adalah menyediakan sarapan dengan belanja murah tetapi berkhasiat.

Sedia menu seimbang
Antara halangan atau cabaran bagi ibu bapa mengambil sarapan adalah kerana kekangan masa dan belanjawan.
“Ibu bapa perlu sedar makanan yang sihat tidak semestinya daripada sumber yang mahal. Menu sihat boleh diolah menggunakan sumber makanan yang berada di sekeliling kita, contohnya roti, nasi, mi, telur, ayam, ikan, susu, sayur-sayur dan buah-buahan yang harganya berpatutan mengikut kemampuan masing-masing.
“Apa yang lebih penting pastikan menu disediakan seimbang dan pelbagai jenis dan saiz yang betul mengikut keperluan masing-masing. Kurangkan terlalu kerap mengambil makanan yang tinggi kalori, gula dan garam,” katanya.
Waktu terbaik sarapan
Anak-anak boleh diberi sarapan seawal 6 pagi terutama jika biasa makan malam awal. Ini kerana lebih cepat makanan itu dapat membekalkan tenaga kepada anak-anak adalah lebih baik.
Biasanya, makanan yang diambil daripada sumber karbohidrat memerlukan satu hingga dua jam untuk diproses manakala sumber protein dan lemak mengambil masa tiga hingga empat jam untuk diproses sebelum dapat ditukarkan kepada tenaga untuk badan.
“Justeru, gabungan seimbang semua sumber makanan tadi adalah amat digalakkan supaya dapat mengekalkan tenaga untuk bertahan lebih lama,” katanya.
Kesan tidak bersarapan
Beberapa kajian menunjukkan tidak bersarapan memberi kesan pada kanak-kanak iaitu gagal memberi sepenuh perhatian ketika di dalam kelas.
Kajian dijalankan ke atas kanak-kanak berusia 12 hingga 19 tahun juga tidak bersarapan dan sebenarnya dapat dikaitkan dengan peningkatan indeks jisim badan (BMI) dengan meningkatnya lemak adipos dalam badan.
“Oleh itu akan meningkatkan kecenderungan mereka memilih makanan tinggi kalori dan makan banyak,” katanya.
Kepelbagaian jenis menu adalah kunci bagi mendapatkan corak pemakanan yang baik. Makanan lazim seperti nasi lemak, roti canai selalu menjadi pilihan sarapan untuk diberikan kepada anak-anak kerana ia mudah didapati.
“Bagaimanapun, ibu bapa perlu berhati-hati kerana makanan ini mempunyai kandungan lemak lebih tinggi berbanding makanan lain.
“Sekiranya ia diambil dalam saiz yang betul dan ditambah dengan sumber serat daripada sayur-sayuran dan buah-buahan, ia tidak salah untuk mengambil makanan berkenaan sekali atau dua kali seminggu,” katanya.
INFO
* Saranan keperluan kalori Malaysia (Recommended Nutrient Intake – RNI 2017):
- Anak yang sihat tanpa masalah kesihatan lain:
1. Jumlah kalori seharian seperti berikut;
Usia 7 - 9 tahun:
i. Lelaki : 1,530 - 1,750kcal/hari
ii. Perempuan: 1,410 - 1,610kcal/hari
Usia 10-12 tahun:
i. Lelaki : 1,690 - 1930kcal/hari
ii. Perempuan : 1,500-1,710kcal/
Usia 13 -15 tahun:
i. Lelaki : 1,930 - 2,210kcal/hari
ii. Perempuan 1,580 -1,810kcal/hari
Usia 16-18 tahun
i. Lelaki : 2,050 - 2,340kcal/hari
ii. Perempuan : 1,660 - 1,890kcal/hari
MAKA, anak anak masa kini sukar untuk sarapan pagi... Shaklee mealshake adalah penyelesaian masalah ini... kerana antara 24 multivitamin yang terkandung dalam meal shake tu, terdapat,
♥️Anti oksidan – vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan juga anti penuaan.
♥️Protein – membina sel-sel kulit, kuku, rambut, organ dan darah dan membantu memulihkan sel
♥️Vitamin B – membina sel-sel darah merah yang sihat.
♥️Fiber/Serat – memberikan rasa kenyang ketika lapar terutamanya dipagi hari. Juga membantu melawaskan pembuangan air besar bagi mereka yang mengalami sembelit.
♥️Asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan megnasium – membina tulang dan sel-sel untuk proses tumbesaran.
Antara kebaikan mealshake
1. Nutrisi Lengkap
Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.
2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.
3. Untuk Pembesaran
Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung
4. Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.
5. Pemulihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.
6.Detox
Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.

Untuk keterangan lanjut hubungi 0137236939

Post a Comment

emo-but-icon

Sertai Kami

Kami percaya setiap orang mempunyai hak untuk maju.

Sertai pasukan kami seramai 2 juta bagi menuntut hak anda untuk berkembang maju. Mulakanlah hari ini dengan mengambil langkah pertama.
Kami percaya setiap orang mempunyai hak untuk maju.

Sertai pasukan kami seramai 2 juta bagi menuntut hak anda untuk berkembang maju. Mulakanlah hari ini dengan mengambil langkah pertama.

Pilihan

Terbaru

Komen

KEKAL MUDA JELITA

HIDUP LEBIH SIHAT

GET CLEAN

item